Jumat, 06 November 2009

WANITA

Wanita.......
andai engkau seorang remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibu bapakmu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan Agama ALLAH...

Wanita....
andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji Allah Azza Wajalla Tuhan sekalian alam bahwa wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan memulai sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khawatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

Wanita.......
lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupamu, lelaki yang baik tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang baik, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan Agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang baik juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apayang halal dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah Ikatan pernikahan yang diridhoi Allah Azza Wajalla.

Oleh karena itu Wanita.......
jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta dari pada laki2 beriman untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi kehangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta kakak beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Wanita........
cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi Keridhoan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan menjumpa cinta yang bahagia selain dari pada cinta keluarga. Janganlah sesekali tanganmu mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki.. TUNDUKKAN PANDANGANMU…

Tidak ada komentar:

Posting Komentar